Tarian Singa mula diperkenalkan di SMK Sacred Heart pada bulan April 2009. Penubuhan unit ini adalah atas usaha tuan pengetua Encik Vincent Liong dan sokongan penuh Kaunselor So Teck Kee yang telah menanggung semua kos peralatan.

      Walaupun unit ini amat baru dan belum cukup popular di kalangan pelajar sekolah, tetapi dengan usaha gigih AJK sesi pertama, tarian singa telah berjaya mendirikan imej yang baik dan mesra di sekolah ini. Sekarang AJK sesi kedua mula meneruskan usaha gigih ini.

      Para ahli menjalani latihan setiap hari Sabtu pada pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang manakala latihan khas akan diadakan sekiranya terdapat persembahan khusus seperti menyambut tetamu kehormat dalam majlis penting. Latihan dijalankan di hadapan Dewan Centenary kecuali pada minggu peperiksaan.

Voog. Make a website.